Blog ini dihasilkan untuk memberi pendedahan kepada semua orang mengenai matapelajaran BAHASA MELAYU.
RSS

Penggolongan Kata Nama

Penggolongan Kata Nama
 
Golongan kata nama dikelompokkan kepada tiga kumpulan :
i) Kata Nama Am
ii) Kata Nama Khas
iii) Kata Ganti Nama
 
Kata Nama Am :
- Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara
  yang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi
  Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan
  kata nama am konkrit.
 
- Contohnya:
         *  Kata Nama Am Abstrak: -- kedamaian, kemerdekaan.
         *  Kata Nama Am Konkrit: -- tangan, sungai, lantai.
 
Kata Nama Khas :
- Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus.
  Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86), kata nama
  khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya
  berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu
  nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup (Nik Safiah Karim et al : 2004 : 86). Kata
  nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan
  kata nama khas hidup bukan manusia. (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86).
 

Manusia Binatang Tempat
Kata Nama Am murid burung pasar
pekebun kucing padang

Kata nama khas hidup manusia Kata nama khas hidup bukan manusia Kata nama khas tak hidup
Kata Nama Khas Ahmad Lassie Pahang
Edelina Si Belang Pulau Pinang
Chandran Sang Kancil Gunung Tahan

Kata Ganti Nama :
-  Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua sub-
   golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 88).
                 i)        Kata ganti nama tunjuk
                ii)       Kata ganti nama diri

-  Ganti nama diri pula dibahagikan kepada
ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya.
   Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri orang
   kedua
dan ganti nama diri orang ketiga. (Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63)



Kata Ganti Nama Tunjuk :
-  Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud  menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh.



Kata Ganti Nama :
-  Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga.
Kata Ganti Nama Diri Pertama Penggunaan Contoh Ayat
Aku Merujuk kepada diri sendiri Aku hendak pergi ke perpustakaan
Beta Digunakan oleh kerabat diraja Beta berharap negara bertambah maju dan makmur.
Hamba Merujuk kepada diri sendiri "Hamba mohon ampun daripada baginda," kata Hang Tuah
Kita Merujuk diri sendiri dan diri orang kedua "Kita akan berkelah di Port Dickson," kata Ahmad kepada Azri.
Kami Merujuk diri dan rakannya apabila bercakap dengan orang kedua "Kami diminta membersihkan bilik darjah,"kata Amin dan Ali kepada Zulkifli.
Saya Merujuk diri sendiri Saya dilantik menjadi ketua darjah dalam kelas 2 Arif.


Kata Ganti Nama Diri Kedua Penggunaan Contoh Ayat
Anda Merujuk diri orang kedua Anda dikehendaki beratur ketika menaiki LRT.
Awak Merujuk diri orang kedua Awak disuruh membersihkan bilik darjah.
Engkau Merujuk diri orang kedua Engkau hendak pergi ke kedai buku?
Kamu Merujuk diri orang kedua Kamu mesti belajar dengan lebih tekun.


Kata Ganti Nama Diri Ketiga Penggunaan Contoh Ayat
Beliau Digunakan untuk merujuk orang yang dihormati Beliau dilantik menjadi pegawai penerangan.
Baginda Digunaan untuk kerabat diraja Baginda telah berangkat ke luar negeri.
Dia Digunakan untuk diri orang ketiga Dia datang awal ke pejabat sekolah
Mereka Bilangan orang lebih daripada seorang Pentas dihiasi oleh mereka dengan cantik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...