Blog ini dihasilkan untuk memberi pendedahan kepada semua orang mengenai matapelajaran BAHASA MELAYU.
RSS

Simpulan Bahasa

SIMPULAN BAHASA




 Peribahasa    :  Ajak-ajak ayam
Maksud        :   Mempelawa / menjemput dengan tidak bersungguh-sungguh / tidak ikhlas
Contoh Ayat  :  "Kita tidak perlu hadir ke rumah Zali kerana dia ajak-ajak ayam sahaja", kata Amir kepada rakannya


  Peribahasa    :  Anak angkat
Maksud        :   Memelihara anak orang lain untuk dijadikan anak sendiri
Contoh Ayat  :  Setelah 7 tahun berkahwin, mereka tidak mempunyai anak. Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk mengambil Siti sebagai anak angkati mereka.


   Peribahasa    :  Anak kapal
Maksud        :   Kelasi kapal / pekerja kapal / awak-awak
Contoh Ayat  :  Kapten kapal dan beberapa orang anak kapal sahaja yang dapat diselamatkan dari kapal dagang itu dalam kejadian tsunami baru-baru ini.


 Peribahasa    :  Batu Api
Maksud        :   Penghasut
Contoh Ayat  :  "Sarah dan Aini telah berbaik-baik semula. Kamu jangalah menjadi batu api pula", kata Aminah kepada Khadijah.


 Peribahasa    :  Bendera Putih

Maksud        :   Menyerah kalah
Contoh Ayat  : Akhirnya pihak komunis berjaya ditumpaskan dan mereka telah mengangkat bendera putih tanda menyerah kalah kepada kita.


 Peribahasa    :  Berbadan dua
Maksud        :   Perempuan yang mengandung
Contoh Ayat  :  Ibu-ibu yang berbadan dua dinasihatkan agar banyak mengambil kalsium untuk pertumbuhan tulang yang sihat bagi bayi didalam kandungan.


 Peribahasa    :  Bertikam lidah

Maksud        :   Berlawan kata-kata atau berdebat
Contoh Ayat  :  Rina dan Rini merupakan pasangan kembar tetapi mereka berdua gemar bertikam lidah.

 Peribahasa    :  Durian Runtuh
Maksud        :   Mendapat keuntungan secara tiba-tiba
Contoh Ayat  :  Penanam kelapa sawit mendapat durian runtuh apabila harga kelapa sawit melambung naik.

 
 Peribahasa    :  Ekor Kuda

Maksud        :   Rambut seseorang wanita yang panjang dan diikat seperti ekor kuda
Contoh Ayat  :  Kamilah gemar mengikat rambutnya yang panjang itu seperti ekor kuda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...